• Future Roadmap

    Dari memahami denyut nadi Kuala Lumpur, kepada memahami denyut nadi Malaysia.

    KL PULSE bermula dengan satu idea — memahami bahasa rakyat dan apa yang sebenarnya berlaku di bandar ini.

    KL bukan sekadar sebuah bandar. KL adalah rumah kita — tempat kita mencari rezeki, membesarkan keluarga, mengejar impian dan menghadapi perjuangan hidup setiap hari.

    Sebab itu KL PULSE dibina untuk melihat bandar bukan hanya melalui angka, tetapi melalui data, suara rakyat, pengalaman warga dan realiti kehidupan mereka.

    PHASE 1 — SUDAH SIAP

    Membina asas Civic Intelligence Kuala Lumpur

    Kajian Warga KL — Pengenalan
    Platform asas untuk memahami kajian, data dan pendekatan KL PULSE.

    Summary Dashboard
    Gambaran keseluruhan dapatan dan indikator utama Kajian Warga KL.

    KPI Dashboard
    Memantau 195 dasar, tindakan, reformasi dan milestone berkaitan KL/JWP-DBKL secara lebih tersusun.

    → Fokus: Memahami apa yang berlaku di KL, apa yang rakyat perlukan dan bagaimana bandar ini bergerak.

    PHASE 2 — SEDANG DIBANGUNKAN

    Daripada Civic Intelligence kepada Quality of Life & Economic Intelligence

    Dashboard Kualiti Hidup KL

    • Dashboard Kos Sara Hidup
    • Malaysia Economic Sentiment Index
    • Price & Consumer Monitor
    • Household Financial Pulse
    • Employment & Income Tracker
    • State Economic Dashboard
    • AI Trend & Sentiment Analysis
    • → Fokus: Menghubungkan denyut nadi warga dengan keadaan sebenar kos sara hidup, ekonomi dan kualiti kehidupan.

    PHASE 3 — AKAN DATANG

    Membawa KL PULSE ke peringkat nasional

    National Economic Dashboard 🇲🇾

    • Malaysia Citizen Economic Pulse
    • AI Policy Intelligence
    • Economic Early Warning System
    • Malaysia Economic Intelligence Platform
    • → Fokus: Membina satu ekosistem yang membolehkan rakyat dan policy makers melihat ekonomi Malaysia melalui data yang lebih dekat dengan kehidupan sebenar.

    LONG-TERM VISION — “IDENTITI MALAYSIA KITA”

    Perjalanan KL PULSE bukan sekadar daripada satu dashboard kepada dashboard yang lain.

    Ia adalah perjalanan untuk memahami rakyat.

    Memahami bahasa rakyat.
    Membaca denyut nadi KL.
    Memahami warga dan kehidupan sebuah city.
    Memahami rumah kita.
    Memahami rezeki kita.
    Memahami perjuangan kita.
    Dan akhirnya, memahami “Identiti Malaysia Kita”.

    Kerana di sebalik setiap angka ekonomi, ada manusia.

    Ada keluarga yang membayar sewa.
    Ada ibu bapa yang mencari rezeki.
    Ada anak muda yang mengejar masa depan.
    Ada peniaga yang cuba bertahan.
    Ada rakyat yang mahu hidup lebih baik.

    KL PULSE mahu menjadikan semua itu lebih kelihatan melalui data.

    🇲🇾 DESTINATION

    National Economic Dashboard

    Satu platform nasional yang menghubungkan data ekonomi + suara rakyat + realiti kehidupan dalam satu paparan yang mudah difahami.

    Untuk rakyat:
    “Apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada ekonomi kita?”

    Untuk policy makers:
    “Apa yang rakyat sedang hadapi, di mana tekanannya dan apa yang perlu diberi perhatian?”

    Dengar rakyat. Faham realiti. Baca denyut nadi.
    Dari KL, untuk Malaysia kita.